|
|
Halal News & Events
Developments
Press Release
Back to News & Events site
Berita Harian, 23 Mac 2005
Prima Akan Saman Penyebar
Fitnah
BANGI: Prima Agri-Products Sdn Bhd kini hampir
menemui petunjuk dalang yang menyebar SMS berunsur fitnah mendakwa
sosej keluaran syarikatnya menggunakan usus haiwan yang disyaki
babi.
Ketua Eksekutif kumpulan dan pengasas syarikat, Datuk Jamaluddin
A Kadir berkata tindakan berkenaan akan diambil selepas siasatan
mengesan penyebar mesej itu selesai tidak lama lagi.
Beliau berkata, syarikatnya akan mendapatkan pandangan pakar
perundangan mengenai bentuk tindakan untuk membersihkan nama
syarikat, sekali gus mengembalikan keyakinan pengguna terhadap
produk keluarannya.
"Saya yakin dalam masa terdekat penyebar SMS itu dapat
dikesan melalui siasatan terperinci yang dijalankan sendiri
syarikat.
"Kita akan membuat laporan polis sejurus mengenal pasti
mereka yang bertanggungjawab menyebarkan SMS fitnah. Kita juga
tidak teragak-agak untuk saman mereka yang bertanggungjawab
menyebarkan SMS fitnah. Kita juga tidak teragak-agak untuk saman
mereka," katanya kepada pemberita selepas lawatan media
ke kilang pemprosesan Prima di Bandar Baru Bangi, semalam.
"Beliau berkata, sisatan juga menunjukan penghantar SMS
itu mungkin individu yang tahu mengenai teknologi emel dan SMS
yang berkemungkinan diupah syarikat perniagaan tertentu untuk
memburukkan nama baik produk jenama Prima.
"Ini kali pertama kita disabotaj teruk sejak terbabit dalam
perniagaan menghasilkan makanan sejuk beku 17 tahun lalu. Ini
sudah melampau sehinggakan saya sendiri setiap hari terima SMS
orang ramai mengecam produk jenama Prima yang didakwa tidak
halal," katanya.
Jamaluddin berkata, penyebar SMS itu berkemungkinan berniat
jahat untuk menjatuhkan perniagaan syarikatnya.
"Kita memandang serius fitnah yang boleh menjatuhkan perniagaan
dan keyakinan pelanggan termasuk 120 hotel sekitar Lembah Klang
yang menggunakan produk kami.
"Kerugian pengusaha makanan menggunakan produk jenama Prima
seperti rangkaian makanan segera 1901 dan A&W adalah kerugian
bagi syarikat kami," katanya.
Beliau berkata, syarikatnya milik penuh Bumiputera yang komited
kepada pengeluaran produk halal menggunakan ramuan utama membuat
sosej daripada bahagian dada ayam, rempah ratus dan lemak kelapa
sawit.
"Syarikat menggunakan sarung sosej diperbuat daripada tumbuhan
yang mendapat pengiktirafan dan pengesahan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian
Kesihatan, ISO 9001 serta HACCP dari RWTuV, Jerman," katanya.
Untuk mengembalikan keyakinan orang ramai, Jamaluddin berkata,
pihaknya akan membelanjakan lebih RM 100,000 bagi tujuan mengiklankan
perakuan halal semua produk keluaran syarikat yang disahkan
Jakim.
|
|
|