|
|
Halal News & Events
Developments
Press Release
Back to News & Events site
Metro, 20 Mac 2005
Jangan Percaya SMS Fitnah
KUALA LUMPUR-Setiausha Kerja Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, mahu semua pihak
memandang serius isu produk dan logo halal palsu jika mahu hasrat
kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat makanan halal dunia
tercapai.
Beliau berkata, tindakan pengusha tidak bertanggungjawab menggunakan
logo halal palsu dan menggunakan logo halal palsu dan menggunakan
usus babi sebagai sarung sosej adalah perbuatan sabotaj yang
boleh merencatkan hasrat itu.
Katanya, perkara itu menjadi perbuatan sabotaj kepada ekonomi
negara dan bukan lagi sekadar isu halal semata-mata.
"Kita bercakap mengenai Malaysia sebagai negara Islam.
Jika isu produk dan logo halal palsu terus berlaku, tidak dipantau
dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak, kita
boleh lupakan hasrat menjadi pusat halal dunia," katanya
pada sidang akhbar bersama pengusha hotdog tempatan, 1901 Sdn
Bhd, mengenai isu terbabit di kiosk 1901 Cawangan Taman Tun
Dr Ismail (TTDI), Stessen Petronas TTDI, dekat sini semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif 1901 Sdn Bhd (1901) Tengku
Rozidar Tengku Zainal Abidin Pengurus Besar Prima Agri-Produnts
Sdn Bhd (Prima Agri) Ahmad Nadzer Idris dan Pengarah Latihan
PPIM, Profesor Dr Izham Nayan.
"Dakwaan itu tidak benar dan pengguna yang ada sebarang
keraguan mengenai perkara itu boleh menghubungi PPIM di talian
Hotline 019-3591000." katanya.
Sementara itu Tengku Rozidar meminta pengguna tidak mempercayai
SMS yang disifatkannya sebagai tidak berasas.
Beliau mengakui beberapa cawangan 1901 mengalami penurunan jualan
antara 10 dan 15 peratus akibat penyebaran SMS terbabit.
Ahmad Nadzer pula berkata Prima Agri yang membekalkan sosej
kepada 1901 menggunakan sarung daripada sumber tumbuhan dengan
sarung berkenaan disiat-buang selepas proses memasak dalam dandang
dan bukan menggunakan sumber haiwan.
"Prima Agri dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan orang
Islam dan menjadi tanggungjawab fardu kifayah untuk menyediakan
makanan halal setiap masa," katanya sambil menjelaskan
bahawa syarikatnya mempunayai sijil halal Jakim (Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia) yang sah sehingga 2006.
|
|
|