|
|
Halal News & Events
Developments
Press Release
Back to News & Events site
Kosmo, 16 Mac 2005
Sosej 1901, Halal Untuk Dimakan
KUALA LUMPUR-Pengusha "hotdog" tempatan,
1901 Sdn. Bhd. berkata, sosej yang digunakan untuk membuat "hotdog"
disemua rangkaian dan cawangannya diseluruh negara selamat dan
halal untuk dimakan.
Ketua Pegawai Eksekutif 1901, Tengku Rozida Tengku Zainal Abidin
dalam kenytaanya semalam berkata, umat Islam di Malaysia tidak
perlu was-was memandangkan syarikat itu seratus peratus milik
Bumiputera yang sentiasa memastikan bahawa produk makananya
bersih, selamat dan halal.
Justeru, kata beliau, pembekal sosej kepada 1901 yang juga sebuah
Syarikat milik Bumiputera, Prima Agri-Products Sdn. Bhd. sentiasa
memastikan sosej yang dibekalkan itu berkualiti tinggi.
Pihaknya mengeluarkan kenyataan sebagai mengulas laporan akhbar
semalam mengenai sebuah kilang membuat sosej di Selayang yang
dikesan menggunakan usus babi sebagai sarung selain beroperasi
menggunakan logo halal yang sudah tamat tempohnya.
|
|
|